Tuesday 3 May 2016

Kepentingan Air kepada Manusia

  Sumber air sangat penting kepada kehidupan manusia.Oleh itu air sebenarnya terdapat banyak kepentingan kepada kita contohnya seperti untuk diminum,membasuh pakaian dan sebagainya.Air mempunyai kelebihannya sendiri iaitu dapat suhu badan,penyahtoksikan,pelinciran sendi dan banyak lagi manfaatnya kepada kita.

   Kajian Sains juga mendapati bahawa segelas air pada waktu pagi sebaik saja bangun tidur dapat membantu pengaktifan organ dalaman.Segelas air diminum selepas mandi pula dapat membantu mengurangkan tekanan darah rendah,manakala sebelum makan pula dapat membantu sistem penghadaman.segelas air sebelum tidur mampu mengelakkan serangan jantung dan strok sewaktu tidur.
Image result for kepentingan air
   Ia juga penting untuk kepentingan domestik,industri,pertanian,rekreasi dan keselamatan.Lebih kurang 71% peratus dari dunia ialah permukaan air dan lebih kurang 97% peratus ialah air masin ataupun laut dan hanya 3% peratus air tawar (87% peratus ais dan glaciers,air bawah tanah,udara dan 13% peratus permukaan air(0.4% peratus jumlah air).

    Air juga terkenal sebagai bahan pelarut universal  yang mempunyai kepentingannya iaitu melarutkan oksigen dan makanan agar dapat diangkut ke sel drah melalui badan.Kebanyakan tindak balas kimia di dalam badan memerlukan air sebagai pelarut.Ia juga melarutkan karbon dioksida dan makanan kepada hidupam akuatik dan tumbuhan.Dan kepentingannya juga dapat melarutkan garam mineral agar akar tumbuhan dapat menyerapnya. 
   
   Sekian itu sahaja kepentingan air yang dapat dikemukakan.Terdapat banyak lagi kepentingan air sebenarnya yang tidak sempat untuk dikongsikan jadi jagalah sumber air kita sebaik-baiknya dan bukannya mencemarinya lagi yang akan merugikan kehidupan kita dan generasi akan datang dan juga hidupan akuatik,tumbuh-tumbuhan yang tidak berdosa.

No comments:

Post a Comment